
terasa seperti sendiri..
terasa seperti di abaikan..
terasa seperti di sisihkan..
terasa seperti di lupakan..
Suatu hari, seseorang yang telah putus cinta sedang menangis di taman.
Datang seorang Ahli falsafah kepadanya bertanya, "Kenapa kau menangis anak muda?"
~Orang muda itu menjawab, "Aku sangat sedih..Kenapa dia meninggalkanku?"
~Lalu Ahli falsafah itu ketawa sambil berkata, "Kamu bodoh sekali"
~Lalu orang itu menjawab, "Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan itu sudah cukup menyedihkan. Tak apalah kalau kamu tidak memujukku, tapi janganlah kamu mentertawakan aku"
~"Bodoh.Kamu tidak perlu bersedih, kerana yang sepatutnya yang bersedih adalah dia," kata Ahli falsafah itu.
~"Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku?" jawab orang muda itu.
Kata Ahli falsafah itu, "Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintai kamu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya"
1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia
"Ku mengenalmu lewat JIWA,, bukan lewat MATA"