Marquee Text Generator

kadang2 ALLAH hilangkan mentari...

kemudian DIA datangkan guruh...
puas kita menangis,mencari mana mentari kita...
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
sabar duhai insan,ada kemanisan di sebalik kepahitan ini...



20 March 2013

semua benda yang jadi mungkin ada hikmah yang tersembunyi.susah harini,sedih harini mungkin akan datang kita lebih senang dan bahagia...DIA menguji kita sebab dia tahu yang kita mampu nak hadapi semuanya....sangat sedih dengan apa yang jadi kat jari & tangan saya :( ni sume bahagian saya, orang lain lagi teruk dari saya.xpe lah pasrah je.lepas satu datang lagi satu terpaksa di lalui.apa pun redha dengan semuanya dan jangan cepat mengalah.dulu , saya hampir give up dan kecewa dengan hidup, x boleh nak teruskan hidup tanpa dia masa putus tunang...bila dah rancang semuanya then tak jadi memang sakit nak teruskan hidup dan lupakan semuanya.alhamdulillah now dah hampir setahun dia tinggalkan saya, boleh je saya hidup sendiri walaupun saya still ingat dan sayang dia.tapi tak bermakna saya perlukan dia lagi...walaupun saya kehilangan dia tapi saya masih ada lagi family dan kawan2 yang selalu ambik berat.syukur dengan kehidupan yang sekarang.tipu la kalau langsung x ingat..THE PAST IS PAST.saya harap kawan2 saya yang ada masalah macam saya fikir positif pasal hidup sendiri , xyah fikir pasal orang yang x pernah fikirkan kita. redha dengan apa yang jadi, mungkin ada lebih baik dari yang sebelum ni.saya tak berharap untuk dapat yang terbaik sebab saya pun bukan perfect yang penting dapat suami yang x pernah tinggal solat dan jaga saya dengan baik :) mungkin sekarang dah sampai masanya untuk saya buang semua kenangan kami.tak guna dah simpan semua yang boleh merosakkan hati kan?sampai bila nak ingat kat orang yang x hargai kita.dah sampai masanya jugak saya bina kebahagiaan dengan yang baru ....chewaaah!! :)...................still waiting seseorang yang boleh gantikan dia....
:::: > setiap apa yang kita rasa sakit dan perit untuk lalui sebenarnya telah DIA aturkan lebih baik untuk kita.
alhamdulillah Allah titipkan saya sekeping hati yang sangat kuat sampai saya masih boleh tersenyum di saat saya menangis :)




                                                                                                            p/s > doa adalah penyembuh duka <

26 June 2012

~teRuS taBaH & BeRsaBaR~



Bila Cinta Itu Telah Pergi.. Bukan Bereti Bahawa Cinta Itu Tamat Telah Pun Di Sini.. Mungkin Tamat Untuk kisah Cinta Yang Lama Tapi Permulaan Untuk Kisah Cinta Yang Baru.Harus Di Ingat : '' Persoalan Dan Jawapan Itu Hadir Bersama Cinta Yang Datang Dan Pergi Bersama atau Tanpa sebarang Sebab Serta Alasan Tapi Yang Pastinya Ia Akan Meninggalkan Parut Dalam Hati Yang Di Panggil Sebagai Pengajaran

 #hanyadengansenyumanbolehbuatkanhidupceriasemula#

28 September 2011

jimat cermat

Seperti pepatah , “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.

Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh –membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.

Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang

• Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”

< SeNSitiF >


terasa seperti jaoh..
terasa seperti sendiri..
terasa seperti di abaikan..
terasa seperti di sisihkan..
terasa seperti di lupakan..

22 August 2011

Hari ini saya perlu S.A.B.A.R

Hari ini saya perlu SABAR sebabnye semua orang buat saya hanginnnn!!!huhhhh..geram &*()*^*%@$&()))+_)(Q*537%&29&*-109_9=-+
Nasib bulan puasa..SABAR ye cik dayah harap berSABAR....

Pahala Bagi Mereka Yang Sabar

Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Sabar itu ada tiga:-

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.

doa


Ya Allah,

Jangan kau pisahkan kami lagi,bukakanlah pintu hati kami utk saling menyayangi dan memahami.
Sesungguhnya dia amat bermakna sekali dalam hidupku,sesungguhnya pada dialah terletaknya segala impian dalam hidupku,sesungguhnya tiada yang lain yg ku sayang dan cinta..Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hatiku terhadapnya.Engkau lembutkanlah hati kerasnya.Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk menyayangi,mengasihi serta menyintaiku.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi apa jua rintangan dan ujian darimu..Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidupku seadanya..

Amin Ya Rabbal Alamin


18 August 2011

Maafkan Dia...

Semua orang pernah buat silap dalam dunia ni,termasuk diri aku sendiri..Kawan aku pernah cakap kalau kita buat salah dengan orang kita mesti mintak maaf dan kalau kita buat salah dengan ALLAH kita mesti mintak ampun dan berdoa agar DIA menerima kita semula :)
So, x jadi masalah juga untuk aku memaafkan orang yang pernah buat salah kat aku...Tapi,x semestinya dah maafkan seseorang tue dia boleh ulangi kesilapan dia.So,pandai2........