20 March 2013
26 June 2012
~teRuS taBaH & BeRsaBaR~
#hanyadengansenyumanbolehbuatkanhidupceriasemula#
28 September 2011
jimat cermat
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh –membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.
Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang
• Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”
< SeNSitiF >
22 August 2011
Hari ini saya perlu S.A.B.A.R
Nasib bulan puasa..SABAR ye cik dayah harap berSABAR....
Pahala Bagi Mereka Yang Sabar
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.
doa
Ya Allah,
Jangan kau pisahkan kami lagi,bukakanlah pintu hati kami utk saling menyayangi dan memahami.
Sesungguhnya dia amat bermakna sekali dalam hidupku,sesungguhnya pada dialah terletaknya segala impian dalam hidupku,sesungguhnya tiada yang lain yg ku sayang dan cinta..Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hatiku terhadapnya.Engkau lembutkanlah hati kerasnya.Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk menyayangi,mengasihi serta menyintaiku.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi apa jua rintangan dan ujian darimu..Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidupku seadanya..
Amin Ya Rabbal Alamin
18 August 2011
Maafkan Dia...
So, x jadi masalah juga untuk aku memaafkan orang yang pernah buat salah kat aku...Tapi,x semestinya dah maafkan seseorang tue dia boleh ulangi kesilapan dia.So,pandai2........